image

image

Monday, 6 April 2015

Nasib seorang mediocre...

Sememangnya apabila kita dah mula melangkah ke dalam dunia pekerjaan, saya yakin kita semua sudah pasangkan niat dan bernekad untuk memastikan kita bersedia untuk menempuhi segala halangan hidup dengan perancangan yang jitu. Namun hakikatnya, hal tersebut hanya lah versi yang sangat superficial dan mungkin juga apabila muncul "masalah" yang kita tak sangka atau tidak sempat diantisipasi, kita mungkin terkejut sebab pada awalnya yang kita rancang cumalah andaian. Saya terbaca dalam akhbar thestar.com.my berkaitan hal ini, dan saya bersetuju bahawa pengurusan kewangan bukan hanya untuk mereka yang berada malah bagi kita yang mediocre ini pun perlu juga ada ilmu pengurusan kewangan yang mapan.
           Hal ini pernah saya fikirkan, mata pelajaran akaun, ekonomi dan perdagangan haruslah diajar bermula dari bangku sekolah rendah lagi. Kompartmentalisasi subjek kepada sains, akaun dan sebagainya tidak lagi praktis sungguhpun dari aspek pendidikan ia dikira mustahak. Dengan kadar inflasi yang meningkat setiap tahun, kita haruslah muhasabah balik adakah kita sudah cukup bersedia untuk mengubah gaya hidup kita. Apa tindakan kita sekarang? Dimanakah kedudukan kewangan kita sekarang?
            Saya masih ingat lagi pada zaman mak ayah kita, zaman 'baby boomers', ayah saya pernah cerita basikal pun dapat dibeli dengan harga rm 17, mak pula kata ikan terubuk yang sebesar lenganpun harganya tak sampai 50 sen. Apabila difikirkan sekali imbas, macam lawak harga nya semurah itu berbanding sekarang, nah sekarang kalau kita tenung elok-elok. Beratus peratus peningkatan harga barang-barang tersebut sekarang. Tulah inflasi. Belum lagi sempat kita hendak stabilkan keadaan kewangan kita, harga barang terus melonjak naik. Pada hemat saya, sudah bermula trend terbaru bagi kita dari kalangan mediocre di mana asalnya kita hanya menggambarkan cara hidup kita sebagai "cukup-cukup sahaja", tetapi sekarang mungkin lebih tepat di panggil sebagai "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Jika begitu, apa pula terminologi bagi mereka yang tidak berada pula? Meh kita sama-sama fikirkan.

#buildingagreatummah
#bertakafuluntukummah




No comments:

Post a Comment