Pernahkah anda terjebak takde duit apabila saat-saat penting macam kecemasan akibat ahli keluarga terlibat dalam kemalangan, takde duit nak membayar yuran wad, kalau perlukan pembedahan ke,semuanya memerlukan duit tapi pada masa tu.....duit tak cukup nak biaya semua tu. Kita tengok pulak kes lain, bagaimana pula persiapan kita untuk masa depan anak kita sendiri???adakah kita ni dah buat pelaburan yang dikira 'memadai' untuk anak-anak kita. Bagi mereka yang sudahpun berfikir akan kesemua ini, saya ucapkan syabas dan tahniah sebab anda semua berjaya mematahkan kitar 'berkira' yang sering dihidapi oleh majoriti bangsa Melayu. Tidak kiralah status kewangannya, dari yang kaya sampailah yang kurang berkemampuan. Sekarang ini, orang yang tidak berkemampuanpun boleh buat 'persiapan' seperti di atas paling komanpun dah sedia duit nak pergi haji atau umrah,takpun dah kumpul duit untuk perispaan kafan dan tanam. Ya betul semua, ada dah fikir macam tu. Namun bagaimana pula kepada set-set yang kurang cekap merancang kewangan mereka? Apakah kita dah memikirkan semuanya? Masa depan anak kita bagaimana pula?
Banyak dah kita tengok di kaca televisyen, apabila sesuatu rancangan berkaitan rakyat-rakyat kita diterima musibah dan tak cukup pulak terbelenggu dengan kemiskinan (mungkin anda semua dah biasa dengan rancangan ini ditayangkan dalam rangkaian televisyen tempatan yang terkenal). yalah kita tau dan kita ambil iktibar, dan pada akhirnya kita di'panggil' untuk menderma sebagai satu tanda kita peduli. Point yang saya nak timbulkan di sini, kenapa yang selalu keluar tv dalam rancangan macam ni kebanyakannya orang Melayu. Bukan tujuan saya nak meng'condemn' tapi cuma, nampak seperti suatu trend bagi bangsa kita ni, tak peduli atau lebih tepat tak merancang untuk menghadapi nasib-nasib malang yang kita tak dapat nak bayang boleh jadi kepada diri kita. Berkaitan dengan contoh tadi, kita divert sikit perhatian kita, yang paling kerap difokuskan selepas breadwinner atau yang menjadi ketua keluarga accident atau sakit adalah anak-anak dia, bagaimanalah masa depan mereka, cukup ke derma-derma nak menampung anak-anak dia pula? kalau anak-anak dia pandai dan masa depan cerah, tapi sebab kekurangan dalam aspek kewangan, anak-anak tu takde peluang langsung untuk mencapai cita-cita dia. MasyaAllah saya tak dapat nak bayangkan macam mana kalau terjadi pada anak saya.
Saya sememangnya lebih menitik beratkan soal masa depan anak dari diri sendiri. Sebagai bapa atau breadwinner, kita seharusnya bijak, it does not mean you have to be 'smart' smart, 'street' smart will suffice. Tak perlu kita nak belajar tinggi-tinggi supaya boleh merancang. Pendidikan sederhanapun dah memadai untuk kita merancang kewangan kita demi masa depan anak-anak kita. Namun biasanya orang kita ni tak pandai mengoptimumkan simpanan atau pelaburan untuk anak-anak kita,kengkadang macam melepaskan batuk di tangga sahaja, ayat standard atau generik yang dipakai oleh orang kita "Janji kalau orang tanya ada tak simpanan untuk anak masuk universiti, aku boleh kata dah ada dah bertahun dah aku simpan" Di situ dah nampak dah kita dah nak mula gagal, sebab biasa sangat mcam di kalangan orang kita ni, asal orang lain buat kita ada cukuplah.
Nauzubillah, niat saya bukan nak mendoakan keburukan menimpa saudara-saudara sebangsa kita, namun kita lupa nak buat kontingensi plan atau 'plan B' sekiranya kita ni yang bermasalah nak mengumpulkan wang itu nanti. Nak topup investment macam mana dah tak boleh kerja??? Takpun satu lagi senario, anak anda ni belajar pandai, SPM semua A1, Matrikulasi CGPA 4.0, tak boleh nak sambung belajar di Universiti dalam bidang yang dia nak atau nak sambung luar negara, adoiii macam mana pulak, di sinilah anda boleh menyanyikan sahaja lagu 'duit duit di manakah duit' tu sebab tak optimumkan pelaburan.
Okay kita kembali ke dunia nyata, sekarang di mana anda, masih boleh mengubah perancangan anda. Kepada pembaca yang 'single', boleh teruskan membaca sebab apa yang saya nak kongsikan masih logik dan praktikal untuk kita kumpul duit juga. Persaraan ke? Nak kahwin ke? Masih boleh diguna pakai. No worries........
Saya suka nak ambil contoh anak-anaklah di sini. Kita bayangkanlah anak anda baru genap setahun tahun ini. Biasanyalah purata umur remaja yang masuk ke Universiti adalah 21 tahun. Jadi kita semua ada 21 tahun untuk menyimpan wang anda untuk kegunaan anak anada daftar sampailah habis pengajian. Kita ambil contoh Universiti tempatan, kalau bidang yang berlatar belakangkan Sains, tak kiralah Kejuruteraan ke,Perubatan ke, Biokimia ke, rata-rata minimum pembiayaan untuk pendaftaran, yuran dan lain-lain, lebih kurang RM 30,000 setahun. Untuk menghuraikan contoh ini, saya ambil 4 tahun pengajianlah sebab kebanyakan bidang Science-based ni selalunya dalam tempoh tersebut, jadi anda perlukan RM 120,000 apabila tiba masanya nanti...Eh jap, anda jangan tersilap sebab secara logiknya memang betul banyak tu yang kena simpan. Kita kena ingat bahawa nilai wang kita pasti berbeza 21 tahun kemudian berbanding sekarang, adakah nilai RM 120,000 itu akan berkurang 21 tahun kemudian? Mestilah tidakkan. Kadar inflasi di negara kita sering meningkat dan terus akan meningkat dari tahun ke tahun. Kalau anda semua tertanya-tanya sebab apa, di sini bukanlah gelanggangnya, tapi mungkin akan dikongsikan bersama dalam wacana lain. Okay, jadi secara amnya sekarang ni kadar inflasi kita pada tahun ini sahaja adalah sekitar 6%. Jadi tahun demi tahun, sampai 21 tahun, rm 120,000 nilainya akan menjadi berapa?. Kalau tak salah setelah saya buat kiraan, 21 tahun nanti RM120.000 pada ketika itu bersamaan dengan RM 408,000 nilai wang kita sekarang.Wow....memadai ke apa yang kita simpan tu? Nak korek tang mana tu, Oklah so berapa ringgit sebulan nak dapat sampai sebanyak tu 21 tahun nanti. Lebih RM 1,500 sebulan. Soalannya kalau separuh jalan kita tak dapat kumpulkan lagi dana ni macam mana? Kita ditimpa musibah dan tak boleh kerja, siapa nak sponsor anak kita.
Mungkin sekarang anda dah pun terfikir, kenapa tidak buat pelaburan untuk dana pendidikan melalui insurans atau takaful. Melalui pelaburan insurans atau takaful, semua ini masih boleh direalisasikan untuk diri kita sendiri, anak-anak dan keluarga. Saya sebagai seorang yang dah lama berkecimpung dalam bidang kesihatan ini, saya rasa terpanggil untuk berkongsi apa yang syaa fikirkan terbaik unutk bangsa kita. Jadi saya titik beratkan pelaburan takaful kerana konsep 'sharing' yang diterapkan berdasarkan Syariah itu memnuhi tuntutan kita sebagai Muslim untuk membantu Muslim yang lain.
WaAllahu'alam
Saya Dr Khairil, agen takaful anda.Sebarang pertanyaan dan konsultasi,sila hubungi saya melalui email/sms/whatsapp seperti tertera di bawah. Sila nyatakan maklumat di bawah dalam message anda, saya akan melayani anda sebaik mungkin. Jazakallah
1. Full Name/Nama Penuh
2. Occupation/Pekerjaan
3. Contact Number/Nombor telefon
4. Email
Hantarkan kepada saya, sms/whatsapp :0142612388
email :khairil_jamal@hotmail.com
Semoga ini adalah permulaan yang baik unutk masa depan yang baik, InshaaAllah
Help me to Help you
No comments:
Post a Comment