image

image

Tuesday, 21 April 2015

Dakwah milik semua

Dakwah (Arab: دعوة, da‘wah; "ajakan") adalah kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah sesuai dengan garis aqidah, syari'at dan akhlak Islam. Kata dakwah merupakan masdar (kata benda) dari kata kerja da'a yad'u yang berarti panggilan, seruan atau ajakan. Tujuan utama dakwah ialah mewujudkan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat yang diridai oleh Allah. Nabi Muhammad S.A.W mencontohkan dakwah kepada umatnya dengan berbagai cara melalui lisan, tulisan dan perbuatan. Dimulai dari isteri baginda, keluarganya, dan teman-teman karibnya hingga raja-raja yang berkuasa pada saat itu.  

1)      مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرٍ فَاعِلِهِ (رواه مسلم)

“Barang siapa yang menunjukkan kepada suatu kebaikan, maka baginya pahala seperti orang yang melaksanakannya”

2)      مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ.( وراه صحيح مسلم)
Rasulullah pernah bersabda: “Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tanganmu, apabila belum bisa, maka cegahlah dengan mulutmu, apabila belum bisa, cegahlah dengan hatimu, dan mencegah kemungkaran dengan hati adalah pertanda selemah-lemah iman

            Berdasarkan alhadith di atas, kita libat,berdakwah itu sebenarnya budaya kita sebagai orang Islam. Kalau dilihat dari perspektif Melayu, 'Menjaga di tepi kain orang itu' mengikut peoatah adalaha hak semua orang Islam. Namun begitu hal ini harus dipelajari dan difahami sebelum disalah erti,lebih teruk disalah guna untuk memburuk lagi mengaibkan sesama saudara yang lain. Sejarah telah membuktikan Nabi Muhammad S.A.W, berjaya mengislamkan kebanyakan umat pada ketika itu dengan pendekatan yang penuh hikmah sehinggakan tidak siapapun dapat menyangkal kebijaksanaan baginda dan juga akhlak nabi yang mulia sendiri menggambarkan betapa Islam mampu menjadi cara hidup yang membawa umatnya kepada nikmat yang lebih baik, di dunia dan juga akhirat. Hadith di bawah adalah antara kaedah yang baginda ceritakan di dalam implemetasi baginda ketika berdakwah.

1)      أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال يا عائشة: إِنَّ اللهَ رَفِيْقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ وَيُعْطِي عَلَى الرِّفْقِ ماَ لاَ يُعْطِي عَلَى العُنْفِ وَماَ لاَ يُعْطِي عَلَى مَا سِوَاهُ. (رواه مسلم)
“Sesungguhnya Allah Maha lembut, mencintai kelembutan, dia memberikan kepada yang lembut apa yang tidak diberikan kepada yang kasar”

2)      إِنَّ الرِّفْقَ لاَ يَكُوْنُ فيِ شَيْءٍ إِلاَّ زَانَهُ وَلاَ يُنْزَعُ مِنْ شَيءٍ إِلاَّ شَانَهُ    (رواه مسلم)
“Sesungguhnya, tidaklah kelembutan itu ada pada sesuatu kecuali ia akan membaguskannya, dan tidaklah (kelembutan) itu tercabut dari sesuatu, kecuali akan memburukkannya”
3)      مَنْ يُحْرَمُ الرِّفْقُ يُحْرَمُ الْخَيْرُ (رواه مسلم)
Barang siapa yang tidak terdapat kelembutan padanya, maka tidak ada kebaikan padanya
4)      وقال النبي صلى الله عليه وعلى آله وسلم وهو يبعث الناس: (يَسُرُّوا وَلاَ تُعَسِّرُوْا، وَبَشِّرُوْا وَلاَ تُنَفِّرُوْا، فَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِيْنَ وَلَمْ تُبْعَثُوْا مَعَسِّرِيْنَ) (رواه مسلم)

“Hendaklah kalian bersikap memudahkan dan jangan menyulitkan. Hendaklah kalian menyampaikan kabar gembira dan jangan membuat mereka lari, karena sesungguhnya kalian diutus untuk memudahkan dan bukan untuk menyulitkan.”

                Dakwah pada dasarnya memupuk 4 aspek di dalam filosofi penyampaian mengikut sejarah junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W iaitu penyampaian penuh hikmah, penerangan penuh bijaksana, pertuturan yang 'simple' atau mudah di fahami dan tempat yang strategik atau bersesuaian dengan konteks dakwah yang ingin disampaikan. Hakikatnya, zaman sekarang serba berteknologi dan ditambah era globalisasi ini, kalimah dakwah lebih mudah disampaikan namun juga terkadang disalah ertikan oleh mereka-mereka yang masih belum faham Islam secara menyeluruh. Lihat saja, jika pandai kita menulis tentang suatu hal yang mengajak kepada kebaikan, kemudian kita tergerak untuk "post" ke dalam media seperti Facebook, Twitter dan sebagainya, ini telah melihatkan usaha dakwah tu sebenarnya tidaklah sukar untuk dilakukan. Sebagai muslim, kita mesti berdakwah, tidak semestinya berkaita hal agama sahaja, hal yang membawa kepada kebaikan itu mesti juga dikongsiman dengan orang lain.

1)      اَنْفِذْ عَلَى رَسُلِكَ حَتَّى تَنْزِلَ بِسَاحَتِهِمْ ثُمَّ اُدْعُهُمْ إِلَى الإِسْلاَمِ وَأَخْبِرْهُمْ بـِمَا يَجِبُ عَلَيْهِمْ مِنْ حَقِّ اللهِ فِيْهِ فَوَاللهِ لِأَنْ يَهْدِيَ اللهُ بِكَ رَجُلاً وَاحِداً خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُوْنَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ )  (رواه البخارى)

“Ajaklah mereka memeluk Islam dan beritahu mereka apa-apa yang diwajibkan atas mereka yang berupa hak Allah di dalamnya. Demi Allah, Allah memberi petunjuk kepada seseorang lantaran engkau, adalah lebih baik bagimu daripada engkau memiliki unta merah”

                     Dakwah dilihat sebagai suatu paradoks yang mana sebagai orang-orang marhaen ni dikira taboo kalau nak bercakap agama tanpa asas. Dakwah tidak seluruhnya membicarakan hal agama semata-mata, hal seperti perkongsian cara hidup yang baik, menghuraikan sifat-sifat murni mahupun meminta bantuan kewangan untuk membantu saudara-saudara yang memerlukan itu masih dianggap suatu usaha dakwah. Semua orang boleh melakukan dakwah,asal niat dan caranya betul. Ada yang dikalangan kita nak membicarakan hal yang berat-berat, niat nya baik, sebelum berbuat demikian, rujuklah dahulu kepada yang lebih arif supaya apa yang disampaikan tidak dilihat sebagai suatu propaganda dan ilmu yang sia-sia, tetapi jadikan usaha itu suatu niat murni untuk mengajak semua berfikir dan mengambil iktibar. Sebelum saya akhiri, ayuhlah kita renungkan hadith nabi di bawah sebagai bekal bagi kita untuk beringat, manusia syumul seperti Nabi Muhammad S.A.W juga ada rintangan pada ketika baginda berdakwah, inikan pula kita umat baginda yang serba-serbi ini.

 قال رسول الله صلى الله عليه و سلم:  عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنْ أَمَرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءٌ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءٌ صَبَرَ فَكاَنَ خَيْرًا لَهُ (رواه مسلم)
“Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin, semua urusannya itu baik-baik, dan itu tidak lain hanya bagi seorang mukmin. Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur, dan itu baik baginya, dan apabila mendapat kesulitan dia bersabar dan itu baik baginya

Sekian sekadar perkongsian, penulis memohon maaf atas segala kekhilafan itu berpunca dari diri yang fana ini namun segala yang baik itu milik Allah semata-mata.
                                                                         والله اعلم بالصواب 

Monday, 20 April 2015

What do you know about unit trust?

A Unit Trust Fund consists of a pool of funds collected from a group of investors with similar objectives. This collective investment fund is managed full time by professional fund managers. An investment portfolio typically includes equities, bonds and assets.
A unit trust is a three-way relationship among the manager, the trustee and the unit holder. The manager manages and operates the unit trust fund, the trustee holds all the assets and the unit holder is the investor. More and more investors today prefer unit trusts to investing in the stock market for many reasons.
They get to invest in a diversified portfolio and benefit from the expert management of fund specialists for an affordable capital outlay and minimum risk. Their unit trust investments are individually tailored to suit their specific needs and constantly monitored, saving valuable time and resources.
Of course, any investment comes with an element of risk. So it is always best to know which are your possible risk factors

Pelan Perubatan / Medical Protection - Great Eastern Takaful



A great video depicting the current scenario and the need of being insured. In addition, we have to understand the benefits do not only focused on life protection but also it assist us in building financial growth as an investment tool too. Watch this..it is a must

Sunday, 19 April 2015

Duit...duit di manakah duit??

"Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri"-M Nasir ,petikan dari lirik lagu berjudul duit

Saya yakin ramai di kalangan golongan baby boomers sampai gen X yang masih mengingati lagu ni. Kalau nak ikutkan saya sendiri tak la sangat melayan liriknya tapi apabila tengok trend ekonomi kita sekarang dan isu politik tempatan tetiba lagu ni jadi masuk akal. Dari bermulanya harga petrol jatuh sehingga pelaksanaan GST, kita masih lagu dibayangi dengan paradoks tentang kuasa duit. Saya ingat lagi Teacher English pernah kata 'Money is the root of all evil', sejujurnya tak paham langsung. Masa tu terlalu naïf sehinggakan yang termampu untuk diterjemah dalam benak fikiran ni ialah orang kaya-kaya semuanya jahat sebab akan disampuk dek setan. Namun bila dah besar panjang,rambutpun dah mula beruban. Maka den dah sodar, pernyataan tersebut, meleset jika digunakan tanpa asas.
           Hakikatnya, tanpa kekuatan kewangan, kita tak mampu nak merubah cara hidup kita kepada lebih baik. Margin yang rata-rata kebanyakan kita mampu capai hanya sekadar mengekalkan cara hidup bahasa senang dia maintain kat mana kita berada sekarang atau jatuh miskin. Simple economics, but sangat-sangatlah menyedihkan sebab memang nampak. Berapa banyak di kalangan kita mengeluh apabila harga barang naik? Siapa pula pernah ada pengalaman masuk wad di Hospital, ataupun keluarga yang rapat di masukkan ke wad? Pernah tak anda mengeluh kos perubatan mahal? Tak payah contoh generik begitu, siapa tak puas hati disebabkan GST? Saya yakin ramai dari kita ni pasti bengkek sebab pelaksanaannya sebab apa? Ini disebabkan kita belum dapat mengawal kewangan kita. Masih lagi terkial-kial nak stabilkan kehidupan tapi belum terjangkau. Realiti ini memang  kebanyakan kita hadapi. Kebebasan kewangan masih lagi mitos di kalangan kebanyakan kita di negara yang kita saynang ni.
             Sangatlah jelas,ilmu mengenai ekonomi asas mesti dipelajari oleh semua tidak mengira cita-cita ataupun profesi kita sebab pada akhirnya bila lagi kita nak rasa berdebar-debar apabila nak buat keputusan yang melibatkan duit. Saya dapat tahu sekarang kadar inflasi berkaitan kos rawatan meningkat 8.8% setiap tahun yang membawa maksud sakit itu mahal. Jadi jangan lah sakit.......mesti korang kata ko ni gila ke ape...manusia mana boleh tak sakit, denggila,kencing tikusla, HFMDla.. Mana mungkin tak sakit. So senang je saya nak jawab ni, kalau tak nak sakit, adakan duit untuk ni semua. melaburlah selagi masih sempat ni. Takkan bila dah sarat dan parah baru nak kumpul duit. Sekarang masanya..bukan nanti.

Monday, 6 April 2015

Blog For Life: Nasib seorang mediocre...

Blog For Life: Nasib seorang mediocre...: Sememangnya apabila kita dah mula melangkah ke dalam dunia pekerjaan, saya yakin kita semua sudah pasangkan niat dan bernekad untuk memastik...

Nasib seorang mediocre...

Sememangnya apabila kita dah mula melangkah ke dalam dunia pekerjaan, saya yakin kita semua sudah pasangkan niat dan bernekad untuk memastikan kita bersedia untuk menempuhi segala halangan hidup dengan perancangan yang jitu. Namun hakikatnya, hal tersebut hanya lah versi yang sangat superficial dan mungkin juga apabila muncul "masalah" yang kita tak sangka atau tidak sempat diantisipasi, kita mungkin terkejut sebab pada awalnya yang kita rancang cumalah andaian. Saya terbaca dalam akhbar thestar.com.my berkaitan hal ini, dan saya bersetuju bahawa pengurusan kewangan bukan hanya untuk mereka yang berada malah bagi kita yang mediocre ini pun perlu juga ada ilmu pengurusan kewangan yang mapan.
           Hal ini pernah saya fikirkan, mata pelajaran akaun, ekonomi dan perdagangan haruslah diajar bermula dari bangku sekolah rendah lagi. Kompartmentalisasi subjek kepada sains, akaun dan sebagainya tidak lagi praktis sungguhpun dari aspek pendidikan ia dikira mustahak. Dengan kadar inflasi yang meningkat setiap tahun, kita haruslah muhasabah balik adakah kita sudah cukup bersedia untuk mengubah gaya hidup kita. Apa tindakan kita sekarang? Dimanakah kedudukan kewangan kita sekarang?
            Saya masih ingat lagi pada zaman mak ayah kita, zaman 'baby boomers', ayah saya pernah cerita basikal pun dapat dibeli dengan harga rm 17, mak pula kata ikan terubuk yang sebesar lenganpun harganya tak sampai 50 sen. Apabila difikirkan sekali imbas, macam lawak harga nya semurah itu berbanding sekarang, nah sekarang kalau kita tenung elok-elok. Beratus peratus peningkatan harga barang-barang tersebut sekarang. Tulah inflasi. Belum lagi sempat kita hendak stabilkan keadaan kewangan kita, harga barang terus melonjak naik. Pada hemat saya, sudah bermula trend terbaru bagi kita dari kalangan mediocre di mana asalnya kita hanya menggambarkan cara hidup kita sebagai "cukup-cukup sahaja", tetapi sekarang mungkin lebih tepat di panggil sebagai "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Jika begitu, apa pula terminologi bagi mereka yang tidak berada pula? Meh kita sama-sama fikirkan.

#buildingagreatummah
#bertakafuluntukummah




Sunday, 5 April 2015

Pada hakikatnya.Ini semua adalah amanah kita bersama.

 Populasi di Malaysia sudah menghampiri 30 juta. Namun hakikat yang sangat menyedihkan bahawa 70% dari bangsa Melayu masih lagi tidak terjamin dengan perlindungan. Setiap kali kita melihat di dalam berita, selalunya yang menjadi fokus berita individu yang bernasib malang adalah di kalangan 70% ni. Apakah yang menyebabkan hal demikian berlaku? Apakah kita yang tidak peduli hal orang lain? Apa pula jika hal ini berlaku kepada kita?
BERTINDAKLAH SEKARANG #buildingagreatummah