Ikhlas
berasal dari perkataan Arab yang memberi maksud tulus hati, suci dan kerelaan
di mana secara harfiahnya sekalipun orang biasa seperti kita akan terus
memahaminya setelah perkataan ini disebutkan. Keikhlasan dalam Islam adalah memurnikan
tujuan bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah dari hal-hal yang dapat
mengganggu atau mencemarkan uasaha tersebut. Dalam erti kata yang lain, ikhlas
adalah menjadikan Allah sebagai satu-satunya tujuan dalam segala bentuk
ketaatan. Ikhlas adalah merupakan intipati dan ramuan untuk seseorang
memantapkan keimanannya. Seorang tidak dianggap beragama dengan benar jika
tidak ikhlas.
Katakanlah:
“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan
matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am: 162).
Surat
Al-Bayyinah ayat 5 menyatakan, “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya
menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama
dengan lurus.”
Rasulullah
. bersabda, “Ikhlaslah
dalam beragama; cukup bagimu amal yang sedikit.”
Pernah Jibril bertanya tentang ihsan kepada junjungan kita, Rasul
. berkata, “Engkau
beribadah kepada Allah seolah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak
melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah melihatmu.”
Rasulullah
. bersabda, “Sesungguhnya
Allah tidak menerima amal kecuali dilakukan dengan ikhlas dan mengharap redha-Nya.”
Dan banyak lagi dalil-dalil yang membuktikan
keikhlasan itu penting dan wujud dalam segala aspek kehidupan kita. Akan
tetapi, melakukan suatu amalan dengan ikhlas bukanlah perkara mudah. Sebagian
besar muslim mengetahui bahawa amalan kebajikan apapun harus dilakukan dengan
ikhlas namun tidak semua muslim benar-benar memahami makna keikhlasan, batasan
suatu perbuatan dikatakan ikhlas, dan manfaat ikhlas itu sendiri sehingga
mereka sering terjebak pada perbuatan yang dianggap telah dilakukan dengan
ikhlas padahal mungkin ada motivasi lain yang mendasari perbuatan tersebut yang
tidak disedari oleh kita, muslimin sendiri.
Al-Fudhail pernah berkata,
“Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’, Mengerjakan amal kerana manusia
adalah syirik. Sedangkan ikhlas ialah jika Allah memberikan anugerah kepadamu
untuk meninggalkan keduanya.”
Alkisah, ada seorang salafusoleh
di zaman dahulu yang selalu pergi menunaikan ibadah haji setiap
tahun dengan cara berjalan kaki. Ini merupakan kebiasaanya. Pada suatu malam
ketika beliau tidur di kampungnya, ibunya meminta tolong agar ia mengambilkan
segelas air tetapi beliau terasa agak berat untuk bangun dari tidur semata-mata
nak mengambilkan air untuk ibunya. Kemudian beliau kembali teringat pada ibadah
haji yang dilakukannya setiap tahun dengan berjalan kaki. Timbul pertanyaan
di dalam hatinya, mengapa selama ini ia mengamalkan ibadah berat itu
dengan mudah. Padahal, mengambilkan air untuk ibunya sekalipun terasa berat.
Kenapa? Beliau bermuhasabah, dan kemudian mendapati bahawa beliau selalu
bersemangat mengerjakan ibadah haji dengan berjalan kaki selama ini adalah untuk
mendapat perhatian dan pujian dari manusia. Maka tersedarlah beliau selama ini
ibadahnya sia-sia kerana telah bercampur baur dengan perasaan syirik dan bukan
ikhlas kerana Allah SWT. Demikian sebuah riwayat yang disebutkan dalam Kitab
Lathaiful Ma’arif.
Reailti Ikhlas
di Akhir Zaman
Cuba kita bayangkan seorang yang
solehpun boleh terjebak untuk menentukan keihlasannya sendiri sama ada ia suatu
kebenaran atau sekadar persepsi sendiri. Apatah lagi kita, manusia yang hidup
diakhir zaman ini, penuh panca roba yang tidak tahu ke mana halanya. Belum
tentu kita ini ikhlas dalam segala
berbuatan kita, jangan-jangan kita cuma tahu perkataan ikhlas itu, kita
menganggap kita faham dan pernah lakukannya. Persoalannya, adakah kita yakin
segala perbuatan yang kita lakukan ‘dikatakan’ penuh keikhlasan. Contoh yang
terbaik untuk kita , bangsa Melayu, bila sebut iklhas ni, biasa timbul semasa
Hari Raya Aidilfitri terutama mottonya “Dengan Ingatan Tulus Ikhlas”. Apakah
frasa itu cuma kata-kata kosong sahaja? Adakah ia sebenarnya sekadar melepaskan
batuk ditangga?( Maksud penulis, “Sebab Raya ni gua tak lupa dengan lu mat),
dan sebagainya. Penulis masih mendapati hal berkait dengan hal keikhlasan ini
sudah menjadi kelabu atau ‘gray area’ kepada mereka yang fasih berbahasa
Jawa. Mari kita beralih seketika kepada soal memberi hadiah, kadang-kadang hal
ini boleh jadi suatu perkara yang mempunyai maksud tersirat seperti pandangan
umum yang selalunya akan heboh apabila suatu entiti atau individu melabelnya
menjadi suatu perbuatan jenayah rasuah. Padahal sememangnya pemberi hadiah
tersebut memang ikhlas hendak memberi dan melaksanakan tanggungjawab islami kepada
sesama sahabat handai, seagama ataupun tidak. Bukan penulis menyokong amalan
ini, tetapi pandangan dan perspektif kita sering sangat songsang, tuduhan
membabi buta dan sebagainya sehinggakan kita tidak lagi ‘cam’ apa itu
keikhlasan dari segi kontekstual bukan propaganda.
Kita haruslah kembali untuk belajar
berlandaskan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah supaya kita tidak terbelenggu dengan
hal-hal grey-area ini mahupun yang dilarang oleh agama kita.
Membicarakan soal keikhlasan, seorang muslim harus menanamkan perasaan
‘ingin-tahu’ dan cuba cetuskan hal-hal yang boleh memangkinkan kita mencari
ilmu bersangkutan, ‘brain-storming’ kalau orang Balik Pulau cakap, misalnya
‘Apabila saya ingin melakukan sesuatu dengan ikhlas, apa sebenarnya yang kita
perlu rasakan, psikologinya dan perlaksanaannya yang lebih bermakna’. Fudhail
bin Iyadh pernah mengulas tentang hal ini dari sudut ibadat katanya,
“Sesungguhnya jika amal dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak benar, maka tidak
diterima. Dan jika amal itu benar tetapi tidak ikhlas, juga tidak diterima.
Sehingga amal itu harus ikhlas dan benar. Ikhlas jika dilakukan kerana Allah
Azza wa Jalla dan benar jika dilakukan sesuai sunnah.” Pendapat Fudhail ini
disandarkan pada firman Allah swt:
“Katakanlah, sesungguhnya aku ini hanya seorang
manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: “Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu
itu adalah Tuhan Yang Esa”. Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya
maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan
seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya”. (Surah Al-Kahfi:110)
Ikhlas: Sains dan Psikologi
Menurut
Erbe Sentanu dalam Quantum Ikhlas, beliau mendapati keikhlasan boleh diukur
secara saintifik. Penyelidikan beliau dalam bidang Psikologi di Indonesia
mendapati bahawa pencapaian seseorang untuk sentiasa ikhlas dalam segala bidang
boleh digapai dalam 4 suku/quadran. Frekuensi otak kita yang paling mudah
berada dalam keadaan rehat di alam bawah sadar (sub-conscious) adalah
berada pada frekuensi beta (8- 14 hz) dan theta (4-8 hz) atau
biasa disebut dengan alphamatic brainware. Kemudian setelah suku pertama
tercapai, untuk memlukan suku kedua iaitu fasa Affirmation dia mana kita
menyerap segala ilmu, kata dorongan dan motivasi yang berkaitan dari aspek
perbuatan. Ibadat dan sebagainya, apa saja yang kita inginkan. Selanjutnya
memvisualisasi keadaan di mana kita mendapat ganjaran dari hal yang kita
lakukan dan akhirnya fasa syukur apabila kita berjaya melakukannya. Pendekatan
ini adalah kesimpulan beliau dari Law of Attraction yang dicanangkan
oleh Plato pada awalnya sebagai suatu ilmu asas Sains kemudian dihuraikan oleh
Thomas Troward, seorang hakim Britain beragama Kristian, dalam pendekatannya
dari aspek ilmu falsafah dan psikologi. Thomas Troward mengatakan bahawa’ Setiap niat (the action 0f Mind)
yang dibentuk jika tidak diganggu kemurniannya bakal menjadi perhatian kepada
semua keadaan yang membuahkan suatu tindakan yang dapat dilihat (perkara baik).
JIka kita gali lagi, sesungguhnya bukan Islam sahaja percaya ikhlas itu penting,
malah agama lain juga percaya hal ini wujud. Namun demikian, keikhlasan dalam
Islam itu sangatlah dititik beratkan kerana ikhlas itu merupakan sifat mahmudah
yang sangat penting dan membezakan kita sama ada melakukan hal dunia sebagai
ibadah di Jalan Allah atau sekadar perkara duniawi yang sekadar keperluan untuk
terus hidup.
Rasulullah

. bersabda:
"Allah
s.w.t. tidak pandang pada rupamu atau kekayaanmu, bahkan Allah pandang pada
keikhlasan hatimu serta sifat amalanmu."
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 245.
Yang bermaksud: Siapakah orangnya yang (mahu)
memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas)
supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan
(ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki)
dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (Al-Baqarah ayat 245)
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 265.
Yang bermaksud: Dan bandingan orang-orang yang
membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan iman
dan perasaan ikhlas yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun
di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua
kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun
(cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa
yang kamu lakukan. (Al-Baqarah ayat 265)
Allah berfirman dalam surah Al-Maiidah ayat 85.
Yang bermaksud: Lalu Allah memberikan pahala
kepada mereka disebabkan pengakuan iman yang ikhlas yang telah mereka ucapkan,
(iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, adalah balasan
orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan. (Al-Maiidah ayat 85)
Oleh yang demikian kebaikan yang kita lakukan belum
tentu akan mendapat balasan yang baik, hanya niat yang baik (ikhlas) sahaja
akan menghasilkan balasan yang baik. Perbuatan yang dilakukan semata-mata
kerana Allah dikatakan perbuatan ikhlas. Jadi sekarang kita dah menyelami
sedikit berkenaan psikologinya, bagaimana pula hendak mencari keikhlasan dalam
perbuatan kita.
Ikhlas: Pengetahuan, Sikap dan Amalan
Pembahagian ikhlas pada dasarnya terbahagi kepada
tiga
1. Ikhlas Awam, iaitu: Dalam
beribadah kepada Allah kerana dilandasi perasaan rasa takut terhadap siksa
Allah dan masih mengharapkan pahala.
2. Ikhlas Khawas, yaitu: Beribadah
kepada Allah kerana didorong dengan harapan supaya menjadi orang yang dekat
dengan Allah, dan dengan kedekatannya kelak ia mendapatkan sesuatu dari Allah
SWT.
3. Ikhlas Khawas al-Khawas adalah:
Beribadah kepada Allah atas dasar kesedaran yang mendalam bahawa segala sesuatu
yang ada adalah milik Allah dan hanya Allah-lah Tuhan yang sebenar-benarnya.
Dari penjelasan diatas, ikhlas
tingkatan yang pertama dan kedua masih mengandung unsur pamrih
(mengharap) balasan dari Allah, sementara tingkatan yang ketiga adalah ikhlas
yang benar-benar tulus dan murni karena tidak mengharapkan sesuatu apapun
dari Allah kecuali redha-Nya, tingkatan ini hanya di miliki oleh orang-orang
yang arif bi Allah. Imam Al-Ghazali mengatakan:”Setiap manusia akan
binasa kecuali orang yang berilmu, dan orang yang berilmu akan binasa kecuali
yang beramal (dengan ilmunya), dan orang yang beramal juga binasa
kecuali yang ikhlas (dalam amalnya). Akan tetapi, orang yang ikhlas juga
tetap harus waspada dan berhati-hati dalam beramal.
Untuk mewujudkan perasaan ikhlas,
setiap muslim harus senantiasa meluruskan niatnya dalam setiap amal yang
dilakukannya, meneliti setiap motivasi yang menggerakkannya untuk beramal.
Setelah itu tidak ada waktu bagi seorang mukmin untuk diam tidak beramal kerana
takut tidak ikhlas, apabila tiba masanya untuk beramal, maka lakukan dengan
penuh semangat dan kesungguhan seakan-akan Allah melihat sekecil apapun
kesalahan yang diperbuat dalam setiap amal atau keja yang dilakukan.
Ada berbagai dorongan kejiwaan
yang dapat menyelewengkan kita dari keikhlasan, diantaranya: kekayaan,
penampilan, gelaran, pangkat dan kepentingan. Setiap orang seharusnya meneliti
hati dan mengkaji jiwanya supaya ikhlas melakukan segala perkara dalam hidup.
Walaupun mengkecapi keikhlasan itu sukar dan subjektif, jika ternyata benar
diterima oleh Allah SWT, masyaAllah kita dapat ganjarannya.
Cara agar kita dapat mancapai rasa ikhlas
adalah dengan mengosongkan pikiran pada ketikat kita sedang beribadah kepada
Allah SWT. Kita hanya memikirkan Allah, solat untuk Allah, zikir untuk Allah,
semua amal yang kita lakukan hanya untuk Allah. Lupakan semua urusan duniawi,
kita hanya tertuju pada Allah. Jangan munculkan rasa riya’ atau sombong di
dalam diri kita kerana kita tidak berdaya di hadapan Allah SWT. Rasakanlah
Allah berada di hadapan kita dan sedang menyaksikan kita. InshaAllah dengan
cara di atas kita semua dapat mencapai ikhlas. Dan jangan lupa untuk berdoa
memohon kepada Allah SWT agar kita dapat beribadah secara ikhlas untuk-Nya,
sebagaimana do’ a Nabi Ibrahim a.s,
”Sesungguhnya jika Rabb-ku
tidak memberi hidayah kepadaku, pastilah aku
termasuk orang-orang yang sesat.” (QS. al An'aam: 77)
Al Imam Yususf Al Qardawi dalam karya beliau
‘Fit-Thariq Ilallah” dalam bab An-Niyyah wal-Ikhlas, menyebut bahawa Ikhlas itu
mempunyai bukti penguat dan tanda-tanda
yang banyak sekali, contohnya dalam kehidupan orang yang mukhlis; dalam tindak
tanduknya, dalam pandangan terhadap dirinya dan juga orang lain. Tanda-tanda
tersebut ialah:
Pertama: Takut Kemasyhuran
Takut kemasyhuran dan menyebarnya kemasyhuran ke
atas dirinya, lebih-lebih lagi jika dia termasuk orang yang mempunyai pangkat
tertentu. Dia perlu yakin bahawa penerimaan amal di sisi Allah hanya dgn cara
sembunyi-sembunyi, tidak secara terang-terangan dan didedahkan. Sebab andaikata
kemasyhuran seseorang memenuhi seluruh angkasa, lalu ada niat tidak baik yang
masuk ke dalam dirinya, maka sedikit pun manusia tidak memerlukan kemasyhuran
itu di sisi Allah. Maka dari itu zuhud dalam masalah kedudukan, kemasyhuran,
penampilan dan hal-hal yang serba gemerlap lebih besar darip zuhud dalam
masalah harta, syahwat perut dan kemaluan. Al-Imam Ibn Syihab az-Zuhri berkata:
“Kami tidak melihat zuhud dalam hal tertentu yang lebih sedikit darip zuhud
dalam kedudukan. Engkau melihat seseorang berzuhud dalam masalah makanan,
minuman dan harta. Namun jika kami membahagi-bahagikan kedudukan, tentu mereka
akan berebut dan meminta lebih banyak lagi.
”Inilah yang membuat para ulama salaf dan
orang-orang shaleh antara mereka mengkhuatirkan dan menyangsikan hatinya dari
ujian kemasyhuran, penipuan dan kedudukan. Oleh kerana itu mereka
memperingatkan hal ini kepada murid-muridnya. Para pengarang buku telah
meriwayatkan dalam pelbagai gambaran tentang tingkah laku ini, seperti Abu
Qasim a-Qusyairi dalam ar-Risalah, Abu Thalib al-Makky dalam Qutul-Qulub, dan
al-Ghazali di dalam al-Ihya’.
Begitu pula yang dikatakan
seorang zuhud yang terkenal, Ibrahim bin Adham, “Allah tidak membenarkan orang
yang suka kemasyhuran.”Beliau juga berkata, “Tidak sehari pun aku berasa
gembira di dunia kecuali hanya sekali. Pada suatu mlm aku berada di dalam
masjid salah satu desa di Syam, dan ketika itu aku sdg sakit perut. Lalu
muazzin dtg dan menyeret kakiku hingga keluar dari masjid.” Beliau berasa
senang kerana muazzin tersebut tidak mengenalinya. Maka dari itu beliau
diperlakukan secara kasar, kakinya diseret seperti seorang pesakit. Beliau
meninggalkan kedudukan dan kekayaannya kerana Allah. Sebenarnya ketika itu
beliau tidak ingin keluar jika tidak sakit.Seorang zuhud yang terkenal, Bisyr
al-Hafy berkata, “Saya tidak mengenal orang yang suka kemasyhuran melainkan
agama menjadi sirna dan dia menjadi hina.” Beliau juga berkata, “Tidak akan
merasakan manisnya kehidupan akhirat orang yang suka terkenal di tengah
manusia.”Seseorang pernah menyertai perjalanan Ibn Muhairiz. Ketika hendak
berpisah, orang itu berkata, “Berilah aku nasihat.”
Ibn Muhairiz berkata, “Jika boleh hendaklah engkau
mengenal tetapi tidak dikenal, berjalanlah sendiri dan jangan mahu diikuti,
bertanyalah dan jangan ditanya. Lakukanlah hal ini.”
Ayyub as-Sakhtiyani berkata, “Seseorang tidak
berniat secara benar kerana Allah kecuali jika dia suka tidak merasakan
kedudukannya.” Khalid bin Mi’dan adalah seorang ahli ibadah yang dipercayai.
Jika semakin ramai orang-orang yang berkumpul di sekelilingnya, maka beliau pun
beranjak pergi krg takut dirinya menjadi terkenal.
Salim bin Handzalah menceritakan, “Ketika kami
berjalan secara beramai-ramai di blkg Ubay bin Ka’ab, tiba-tiba Umar melihatnya
lalu melemparkan susu ke arahnya.”
Ubay bin Ka’ab lalu bertanya, “Wahai Amirul
Mu’minin, apakah yang telah engkau lakukan?”
Jawab Umar, “Sesungguhnya kejadian ini merupakan
kehinaan bagi yang mengikuti dan ujian bagi yang diikuti.”
Ini merupakan perhatian Umar bin al-Khattab secara
psikologi terhadap fenomena yang pada permulaannya boleh menimbulkan kesan dan
pengaruh yang jauh terhadap kejiwaan orang-orang yang mengikuti dan sekaligus
orang yang diikuti.
Diriwayatkan dari al-Hasan, beliau berkata, “Pada
suatu hari Ibn Mas’ud keluar dari rumahnya, lalu diikuti beberapa orang. Maka
beliau berpaling ke arah mereka dan berkata: “Ada apa kamu mengikutiku? Demi
Allah, andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu rumahku, dua orang antara
kamu pun tidak akan dpt mengikutiku.”Pada suatu hari al-Hasan keluar rumah lalu
diikuti beberapa orang. Beliau bertanya, “Apakah kamu ada keperluan kepadaku?
Jika tidak, mengapa kejadian seperti ini masih tersemat dalam hati orang
Mu’min?”
Ayyub as-Sakhtiyani melakukan suatu perjalanan,
lalu ada beberapa orang yang mengalu-alukan kedatangannya. Beliau berkata,
“Andaikata tidak kerana aku tahu bahawa Allah mengetahi isi hatiku tentang
ketidaksukaan aku terhadap hal ini, tentu aku takut kebencian dari Allah.”
Ibn Mas’ud berkata, “Jadilah kamu sbagi sumber
ilmu, pelita petunjuk, penerang rumah, obor pada waktu mlm dan pembaharu hati
yang diketahui penduduk langit, namun tidak dikenal penduduk bumi.”
Al-Fudhayl ibn Iyadh berkata, “Jika engkau sanggup
untuk tidak dikenal, maka lakukanlah. Apa sukarnya engkau tidak dikenal? Apa
sukarnya engkau tidak disanjung-sanjung? Tidak mengapalah engkau tercela di
hadapan manusia selagi engkau terpuji di sisi Allah.
Athar-athar ini tidak mengajak kepada pengasingan
atau uzlah. Orang-orang yang menjadi sumber riwayat ini adalah para imam dan
da’ie. Mereka memiliki pengaruh yang amat baik dalam menyeru masyarakat,
mengarahkan dan memperbaiki keadaan manusia. Tetapi yang dpt difahami dari
sejumlah penyataan mereka adalah kebangkitan dari naluri jiwa yang tersembunyi,
kewaspadaan terhadap tipudaya yang disusupkan syaitan ke dalam hati manusia,
jika hati mereka dicampuri hal-hal yang serba gemerlap dan dikelilingi
orang-orang yang mengikutinya.
Kemasyhuran itu sendiri bukanlah suatu yang
tercela. Tiada yang lebih masyhur darip para Anbia’, al-Khulafa’ ar-Rasyidin,
dan imam-imam mujtahidin. Tetapi yang tercela adalah mencari kemasyhuran,
takhta dan kedudukan, serta sgt bercita-cita mendapatkannya. Kemasyhuran tanpa
cita-cita ini tidaklah menjadi masalah, sekali pun ia ttp menjadi ujian bagi
orang-orang yang lemah, seperti yang dikatakan oleh Imam al-Ghazali.
Sejajar dgn pengertian ini yang telah disebuntukan
dalam hadith Abu Dzar darip Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahawa
Baginda pernah ditanya tentang seorang lelaki yang melakukan suatu amal
kebajikan kerana Allah, lalu orang ramai menyanjungnya.
Maka Baginda menjawab,
“Itu
kurnia yang didahulukan, sekaligus khabar gembira bagi orang Mu’min.”
(HR Imam Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)
Ada pula lafaz lain, “Seseorang melakukan amal
kerana Allah lalu orang-orang pun menyukainya..”
Pengertian seperti inilah yang ditafsirkan oleh
al-Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Ibn Jarir at-Thabary dan alin-lainnya.
Begitu pula hadith yang ditakhrij Imam at-Tirmidzi
dan Ibn Majah, dari hadith Abu Hurairah, bahawa ada seorang lelaki berkata,
“Wahai Rasulullah, ada seorang melakukan suatu amal dan dia pun senang
melakukannya. Setiap kali dia melakukannya kembali, maka dia pun berasa takjub
kepadanya.”
Baginda bersabda, “Dia mempunyai dua pahala, pahala
kerana merahsiakan dan pahala memperlihatkan.”
Kedua: Menuduh Diri Sendiri
Orang yang mukhlis sentiasa menuduh diri sendiri
sbagi orang yang berlebih-lebihan di sisi Allah dan krg dalam melaksanakan
pelbagai kewajipan, tidak mampu menguasai hatinya kerana terpedaya oleh suatu
amal dan takjub pada dirinya sendiri. Malahan dia sentiasa takut andaikata
keburukan-keburukannya tidak diampunkan dan takut kebaikan-kebaikannya tidak
diterima.
Kerana sikap seperti ini, ada sebahagian di antara
para salaf yang menangis tersedu-sedu ketika jatuh sakit. Beberapa orang yang
menziarahinya bertanya, “Mengapa engkau masih menangis, padahal engkau suka
berpuasa, mendirikan solat malam, berjihad, mengeluarkan sedekah, haji umrah,
mengajarkan ilmu dan banyak berzikir?”
Beliau menjawab, “Apa yang membuatkanku tahu bahawa
hanya sedikit dari amal-amalku yang masuk dalam timbanganku dan juga diterima
di sisi Rabb-ku? Sementara Allah telah berfirman, Allah hanya menerima (amal)
dari orang-orang yang bertaqwa,
”Satu-satunya sumber taqwa adalah hati. Maka
dari itu al-Quran menambahinya dgn firman Allah yang bermaksud: “Maka
sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati..” (al-Hajj: 32)
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Taqwa itu ada di sini,” Baginda
mengulanginya tiga kali dan menunjuk ke arah dadanya.” (HR Imam
Muslim)
Sayyidah Aishah pernah bertanya kepada Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam tentang orang-orang yang dinyatakan dalam firman
Allah bermaksud:
“Dan
orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan dgn hati yang takut,
(kerana mereka tahu bahawa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb
mereka.” (al-Mu’minun: 60)
“Apakah mereka orang-orang yang mencuri, berzina,
meminum khamar dan mereka takut kepada Allah?”
Baginda menjawab, “Bukan wahai puteri as-Shiddiq.
Tetapi mereka adalah orang-orang yang mendirikan solat, berpuasa, mengeluarkan
sedekah, dan mereka takut amalnya tidak diterima. Mereka itu bersegera untuk
mendapatkan kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera
memperolehinya.” (HR Imam Ahmad dan lain-lainnya)
Orang yang mukhlis sentiasa takut terhadap riya’
yang menyusup ke dalam dirinya, sdg dia tidak menyedarinya. Inilah yang disebut
syahwah khafiyyah yang menyusup ke dalam diri orang yang meniti jalan kepada
Allah tanpa disedarinya.
Dalam hal ini Ibn ‘Atha’illah memperingatkan,
“Kepentingan peribadi dalam kederhakaan amat jelas dan terang. Sdgkan
kepentingan peribadi di dalam ketaatan tersamar dan tersembunyi. Padahal
menyembuhkan apa yang tidak nampak itu amat sukar. Boleh jadi ada riya’ yang
masuk ke dalam dirimu dan orang lain juga tidak melihatnya. Tetapi kebanggaanmu
bila orang lain melihat kelebihanmu merupakan budi ketidakjujuranmu dalam
beribadah. Maka kosongkanlah pandangan orang lain terhadap dirimu. Cukup bagimu
pandangan Allah terhadap dirimu. Tidak perlu bagimu tampil di hadapan mereka
agar engkau terlihat di mata mereka.”
Ketiga: Beramal Secara Diam-Diam, Jauh Dari
Liputan
Amal yang dilakukan secara diam-diam harus lebih
disukai darip amal yang disertai liputan dan didedahkan. Dia lebih suka memilih
menjadi perajurit bayangan yang rela berkorban, namun tidak diketahui dan tidak
dikenali. Dia lebih suka memilih menjadi bahagian dari suatu jamaah, ibarat
akar pohon yang menjadi penyokong dan saluran kehidupannya, tetapi tidak
terlihat oleh mata, tersembunyi di dalam tanah; atau seperti asas bangunan.
Tanpa asas, dinding tidak akan berdiri, atap tidak akan dpt dijadikan berteduh
dan bangunan tidak dpt ditegakkan. Tetapi ia tidak terlihat, seperti dinding
yang terlihat jelas. Syauqy berkata di dalam syairnya:
Landasan yang tersembunyi
Tidak terlihat mata kerana merendah
Bangunan yang menjulang tinggi
Di atasnya dibangun megah
Di bahagian sebelum ini telah dikemukakan hadith
Mu’adz, “Sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yang berbuat kebaikan,
bertaqwa dan menyembunyikan amalnya, iaitu jika tidak hadir mereka tidak
diketahui. Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka keluar dari setiap
tempat yang gelap.”
Keempat: Tidak Memerlukan Pujian Dan Tidak
Tenggelam Oleh Pujian
Tidak meminta pujian orang-orang yang suka memuji
dan tidak bercita-cita mendapatkannya. Jika ada seseorang memujinya, maka dia
tidak terkecoh tentang hakikat dirinya di hdpn orang yang memujinya, kerana mmg
dia lebih mengetahui tentang rahsia hati dan dirinya darip orang lain yang
boleh tertipu penampilan dan tidak mengetahui batinnya.
Ibn ‘Atha’illah berkata, “Orang-orang memujimu dari
persangkaan mereka tentang dirimu. Maka adalah engkau orang yang mencela dirimu
sendiri kerana apa yang engkau ketahui pada dirimu. Orang yang paling bodoh
adalah yang meninggalkan keyakinannya tentang dirinya kerana ada persangkaan
orang-orang tentang dirinya.”
Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib radhiallahu
‘anh, bahawa jika dipuji orang lain maka beliau berkata, “Ya Allah, janganlah
Engkau hukum aku kerana apa yang mereka katakan. Berikanlah kebaikan kepadaku
dari apa yang tidak mereka ketahui.”
Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh berkata kepada
orang-orang yang mengekori dan mengerumuninya, “Andaikata kamu tahu alasanku
menutup pintu rumahku, dua orang antara kamu pun tidak akan dpt mengikutiku.”
Padahal beliau adalah sahabat yang menonjol, pemuka petunjuk dan pelita Islam.
Sekumpulan orang memuji seorang Rabbani. Lalu dia
mengadu kepada Allah sambil berkata, “Ya Allah, mereka tidak mengenalku dan
hanya Engkaulah yang mengetahui siapa diriku.”
Salah seorang yang shaleh bermunajat kepada Allah,
kerana sebahagian orang ada yang memujinya dan menyebut-nyebut kebaikan dan
kemuliaan akhlaknya:
Mereka berbaik sangka kepadaku
Padahal hakikatnya tidaklah begitu
Tetapi aku adalah orang yang zalim
Sbagimana yang Engkau sedia maklum
Kau sembunyikan semua aib yang ada
Dari pandangan mata mereka
Kau kenakan pakaian menawan
Sbagi tabir tutupan
Jadilah mereka meyintai
Padahal aku tidak layak dicintai
Tapi hanyalah diserupai
Janganlah Engkau hinakan aku
Pada Hari Qiamat di tengah mereka
Jadikanlah aku yang mulia
Termasuk yang hina dina
Penyair yang shaleh ini mengisyaratkan makna yang
lembut dan sgt penting, iaitu keindahan tabir yang diberikan Allah kepada
hamba-hambaNya. Brp banyak cela yang tersembunyi, dan Allah menutupinya dari
pandangan orang ramai. Andaikata Allah membuka tabir itu dari pandangan mereka,
tentu kelemahannya akan terserlah dan kedudukannya akan jatuh. Tetapi kurnia
Allah enggan untuk menyingkap tabir kelemahan hamba-hambaNya, sbagi kurnia dan
kemuliaan baginya.
Seerti dgn ini telah dikatakan oleh Ibn
‘Atha’illah, “Sesiapa yang memuliakanmu, sbnrnya dia telah memuliakan keindahan
tabir pada dirimu. Keutamaan ada pada diri orang yang memuliakanmu dan menutupi
aibmu, bukan pada diri orang yang menyanjungmu dan berterima kasih kepadamu.”
Abu al-Atahiyah berkata dalam syairnya:
Allah telah berbuat baik kepada kita
Kerana kesalahan tidak menyebar ke mana-mana
Apa yang tersembunyi pada diri kita
Tentu tersingkap di sisiNya
Kelima: Tidak Kedekut Pujian Terhadap Orang Yang
Mmg Layak Dipuji
Tidak kedekut memberikan pujian kepada orang lain
yang mmg layak dipuji dan menyanjung orang yang mmg layak disanjung. Di sana
ada dua bencana yang bakal muncul: Pertama, memberikan pujian dan sanjungan
kepada orang yang tidak berhak. Kedua, kedekut memberikan pujian kepada orang
yang layak.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah memuji
sekumpulan para sahabatnya, menyebut-nyebut keutamaan dan kelebihan mereka,
seperti sabda Baginda tentang Abu Bakar yang bermaksud: “Andaikata aku boleh
mengambil seorang kekasih selain Rabb-ku, nescaya aku mengambil Abu Bakar sbagi
kekasihku. Tetapi dia adalah saudara dan sahabatku.”
Sabda Baginda kepada Umar: “Andaikata engkau
melalui suatu jalan, tentu syaitan akan melalui jalan yang lain.”
Sabda Baginda kepada Uthman: “Sesungguhnya beliau
adalah orang yang para malaikat pun berasa malu terhadap dirinya.”
Sabda Rasulullah terhadap Ali: “Di mataku engkau
seperti kedudukan Harun di mata Musa.”
Sabda Rasulullah terhadap Khalid bin al-Walid:
“Beliau adalah salah satu darip pedang-pedang Allah.”
Sabda Rasulullah terhadap Abu Ubaidah: “Beliau
adalah kepercayaan umat ini.”
Masih ramai sahabat yang dipuji Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam, kerana kelebihan dan keistimewaan mereka. Di antara mereka
ada dari kalangan pemuda, seperti Usamah bin Zaid yang diangkat menjadi
komandan pasukan perang, padahal dalam pasukan tersebut terdapat para pemuka
sahabat. Baginda mengangkat Itab bin Usaid sbagi pegawai di Makkah, padahal
umurnya masih dua puluh thn. Mu’adz bin Jabal dikirim ke Yaman, padahal beliau
masih muda. Sebahagian di antara mereka lebih diutamakan darip orang-orang yang
lebih terdahulu memeluk Islam, kerana kelebihan dirinya, seperti Khalid bin
al-Walid dan Amr bin al-Ash.
Boleh jadi seseorang tidak mahu memberikan pujian
kepada orang yang layak dipuji, kerana ada maksud tertentu dalam dirinya, atau
kerana rasa iri hati yang disembunyikan, seperti takut campurtangan di
pejabatnya, atau menyaingi kedudukannya. Kerana dia juga tidak mampu untuk
melemparkan celaan, maka setidak-tidaknya dia hanya berdiam diri dan tidak
perlu menyanjungnya.
Kita melihat bagaimana Umar bin al-Khattab yang
meminta pendapat Ibn Abbas dalam pelbagai urusan, padahal Ibn Abbas masih sgt
muda. Maka para pemuka sahabat berkata kepadanya, “Bicaralah wahai Ibn Abbas.
Kerana usia yang muda tidak menghalangimu untuk berbicara.”
Keenam: Berbuat Selayaknya Dalam Memimpin
Orang yang mukhlis kerana Allah akan berbuat
selayaknya ketika menjadi pemimpin di barisan terhadapan dan ttp patriotik
ketika berada paling blkg, selagi dalam dua keadaan ini dia mencari keredhaan
Allah. Hatinya tidak dikuasai kesenangan untuk tampil, menguasai barisan dan
menduduki jabatan strategi dalam kepimpinan. Tetapi dia lebih mementingkan
kemashlahatan bersama kerana takut ada kewajipan dan tuntutan kepimpinan yang
dia lewatkan.
Apa pun keadaannya dia tidak bercita-cita dan tidak
menuntut kedudukan untuk kepentingan dirinya sendiri. Tetapi jika dia
dibebankan tugas sbagi pemimpin, maka dia melaksanakannya dan memohon
pertolongan kepada Allah agar dia mampu melaksanakannya dgn baik. Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam telah mensifatkan kelompok orang seperti ini dalam
sabda Baginda yang bermaksud:
“Keuntungan bagi hamba yang mengambil tali
kendali kudanya fi sabilillah, yang kusut kepalanya dan yang kotor kedua
telapak kakinya. Jika kuda itu berada di barisan blkg, maka dia pun berada di
kedudukan penjagaan.” (HR Imam Bukhari)
Allah meredhai Khalid bin al-Walid yang
diberhentikan sbagi komandan pasukan, sekali pun beliau seorang komandan yang
sentiasa mendapat kemenangan. Stelah itu beliau pun menjadi orang bawahan Abu
Ubaidah tanpa rasa rendah diri. Dalam kedudukan seperti itu pun beliau ttp
ikhlas memberikan pertolongan.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
memperingatkan seandainya ada seseorang yang meminta jawatan dan sengaja untuk
mendapatkannya. Telah disebuntukan di dalam as-Shahih, bahawa Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam pernah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah:
“Janganlah engkau memimta jawatan pemimpin.
Kerana jika engkau memperoleh jawatan itu tanpa meminta maka engkau akan
mendapat sokongan, dan jika engkau memintanya, maka semua tanggungjawab akan
dibebankan kepadamu.” (Muttafaq ‘Alaihi)
Ketujuh: Mencari Keredhaan Allah, Bukan
Keredhaan Manusia
Tidak memperdulikan keredhaan manusia jika di
sebalik itu ada kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla. Sebab setiap orang di antara
satu sama lain saling berbeza dalam sikap, rasa, pemikiran, kecenderungan,
tujuan dan jalan yang ditempuh. Berusaha membuat mereka redha adalah suatu yang
tidak bertepi, tujuan yang sulit diketahui dan tuntutan yang tidak terkabul.
Dalam hal ini seorang penyair berkata:
Adakalanya seseorang
Membuat redha sekian ramai orang
Kini betapa jauh jarak yang membentang
Di tengah tuntutan-tuntutan hawa nafsu
Penyair lain berkata:
Jika aku meredhai orang-orang yang mulia
Tentunya aku memurkai orang-orang yang hina
Orang yang mukhlis tidak terlalu peduli dgn semua
ini, kerana syiarnya hanya bersama Allah. Dikatakan dalam satu syair:
Boleh jadi engkau mengasingkan diri
Tetapi hidup ttp terasa pahit di hati
Boleh jadi engkau redha
Padahal orang lain murka
Engkau membangun dan orang lain merobohkan
Antara diriku dan alam ada kerosakan
Jika di hatimu ada cinta semua itu tiada daya
Apa yang ada di atas tanah
Ttp menjadi tanah
Kelapan: Menjadikan Keredhaan Dan Kemarahan
Kerana Allah, Bukan Kerana Kepentingan Peribadi
Kecintaan dan kemarahan, pemberian dan penahanan,
keredhaan dan kemurkaan harus dilakukan kerana Allah dan agamaNya, bukan kerana
pertimbangan peribadi dan kepentingannya, tidak seperti orang-orang munafik
opportunis yang dicela Allah dalam KitabNya:
“Dan di antara mereka ada yang mencela mu
tentang (pembahagian) zakat. Jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka
bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebahagian daripadanya, dgn serta
merta mereka menjadi marah.” (at-Taubah: 58)
Boleh jadi engkau pernah melihat orang-orang yang
aktif dalam lapangan dakwah, apabila ada salah seorang rakannya melontarkan
perkataan yang mengganggu atau melukai perasaannnya, atau ada tindakan yang
menyakiti dirinya, maka secepat itu pula dia marah dan meradang, lalu
meninggalkan harakah dan aktivitinya, meninggalkan medan jihad dan dakwah.
Ikhlas untuk mencapai tujuan menuntutnya untuk
cekal dalam berdakwah dan gerak langkahnya, sekali pun orang lain menyalahkan,
meremehkan dan bertindak melampaui batas terhadap dirinya. Sebab dia berbuat
kerana Allah, bukan kerana kepentingan peribadi atau atas nama keluarga, serta
bukan kerana kepentingan orang tertentu.
Dakwah kepada Allah bukan seperti harta yang
ditimbun atau harta milik seseorang. Tetapi dakwah merupakan milik semua orang.
Siapa pun orang Mu’min tidak boleh menarik diri dari medan dakwah ini hanya
kerana sikap atau tindakan tertentu yang mempengaruhi dirinya.
Kesembilan: Sabar Sepanjang Jalan
Perjalanan yang panjang, lambatnya hasil yang
diperoleh, kejayaan yang tertunda, kesulitan dalam bergaul dgn pelbagai lapisan
manusia dgn perbezaan perasaan dan kecenderungan mereka, tidak boleh membuatnya
menjadi malas, bersikap leka, mengundurkan diri, atau berhenti di tengah jalan.
Sebab dia berbuat bukan sekadar untuk sebuah kejayaan atau pun kemenangan,
tetapi yang plagi pokok tujuannya adalah untuk keredhaan Allah dan menuruti
perintahNya.
Nabi Nuh ‘alaihissalam, pemuka para anbia’, hidup
di tengah kaumnya selama 950 thn. Beliau berdakwah dan bertabligh, namun hanya
sedikit sekali yang mahu beriman kepada beliau. Padahal pelbagai cara dakwah
sudah ditempuh, waktu dan bentuk dakwahnya juga pelbagai cara, sebagaimana yang
difirmankan oleh Allah melalui perkataan beliau:
“Wahai Rabb-ku, sesungguhnya aku telah menyeru
kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari
kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar
Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam
telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari)
dan terlalu menyombongkan diri.” (Nuh: 5-7)
Sekali pun harus menghabiskan masa selama 950 thn,
beliau ttp menyeru kaumnya dan akhirnya ada 40 orang yang berhimpun bersama
beliau. Sedangkan kaumnya yang lain berpaling dari beliau, sekali pun beliau
sgt berharap mereka mahu beriman.
Al-Quran telah mengisahkan kepada kita
individu-individu Mu’min di dalam surah al-Buruj. Mereka rela mengorbankan
nyawa fi sabilillah dan mereka tidak mengatakan, “Kematian ini dpt memberi
apa-apa manfaat terhadap dakwah kita?”
Mereka tidak berkata seperti itu, kerana mereka
mempunyai keteguhan hati dan pengorbanan. Kejayaan dakwah ada di tgn Allah.
Siapa yang tahu kalau pun darah mereka itu merupakan santapan lazat bagi pohon
iman generasi berikutnya?
Perkara yang prinsip, alam orang yang mukhlis hanya
bagi Allah semata. Dia cekal dalam hal ini dan terus seperti itu. Hasil dan
buah di dunia diserahkan kepada Allah, kerana Allah-lah yang menyediakan
penyebabnya dan membatasi waktunya. Dia hanya sekadar berusaha. Jika berjaya,
maka segala puji hanya bagi Allah, dan jika gagal, maka segala daya kekuatan
itu hanya milik Allah.
Sesungguhnya di akhirat Allah tidak akan bertanya
kepada manusia, “Mengapa engkau tidak memperoleh kemenangan?” Tetapi Dia akan
bertanya, “Mengapa engkau tidak berusaha?”
Allah tidak bertanya, “Mengapa engkau tidak
berjaya?” Tetapi Dia bertanya, “Mengapa engkau tidak melakukannya?”
Kesepuluh: Berasa Senang Jika Ada Yang Bergabung
Berasa senang jika ada seseorang yang mempunyai
kemampuan, bergabung dalam barisan mereka yang mahu beramal, untuk menegakkan
bendera atau ikut taat dalam amal. Hal ini harus disertai dgn usaha memberikan
kesempatan kepadanya, sehingga dia dpt mengambil tempat yang sesuai dgn kedudukannya.
Dia tidak harus rasa terganggu, terganjal, dengki atau pun gelisah kerana
kehadirannya. Malahan jika orang yang mukhlis melihat ada orang lain yang lebih
baik darip dirinya yang mahu memikul tanggungjawabnya, maka dgn senang hati dia
akn mundur, memberikan tanggungjawabnya kepada orang itu dan dia berasa senang
menyerahkan jawatan kepadanya.
Sebahagian orang yang memegang jawatan, lebih-lebih
lagi jika berada di barisan hadapan, tidak mahu menyerah dalam mempertahankan
kedudukannya, tidak mahu berundur walau bagaimanapun keadaannya dan suka
menekan orang lain. Dia berkata, “Ini merupakan kedudukan yang telah diberikan
Allah kepadaku, maka aku tidak mahu melepaskannya. Ini adalah pakaian yang
telah dikenakan kepadaku, maka aku tidak mahu membukanya. Kedudukan ini dtg
dari langit.”
Padahal waktu terus berlalu, keadaan berubah dan
kekuatan menjadi lemah. Setiap masa diperuntukkan bagi mereka yang sesuai
dgnnya, sebagaimana setiap tempat diperuntukkan bagi orang yang mmg sesuai dgn
tenoat itu. Banyak cemuhan ditujukan kepada penguasa yang bermati-matian
mempertahankan kerusi dan kedudukannya, dgn anggapan bahawa merekalah yang
paling mampu mengendalikan perahu dan menjaganya dari terpaan angin taufan.
Ketika mendapat kritik dari orang lain, para da’ie
Muslim tidak boleh menutup mata atau menutup telinga. Mereka juga tidak boleh
lpada tgn demi kemaslahatan dakwah sebagaimana orang lain yang tidak boleh lps
tgn demi kemaslahatan negara dan ummah. Kerana andai lpada tgn, boleh jadi itu
merupakan belenggu syaitan dan godaan yang dibisikkan ke dalam hati para
aktivitis Islam. Sehingga jika yang lebih banyak berbicara adalah kepentingan
diri sendiri, kecintaan kepada kedudukan dan dunia, maka itu dianggap
pengabdian terhadap agama.
Brp ramai jemaah atau harakah yang disusupi
kezaliman dari luar, pengaruh dari dalam atau kepincangan dalam berfikir dan
beramal, tiada inovasi dan tajdid, sbagi akibat dari kerakusan satu atau dua
orang yang terlibat di dalamnya. Dia tidak mahu melepaskan kedudukannya kepada
orang lain. Dia lupa bahawa bumi ini terus berputar, planet-planet terus
berlalu, dunia terus berubah. Tetapi ternyata mereka tidak mahu berputar
seiring dgn putaran bumi, tidak berubah seiring dgn perubahan waktu dan tempat
serta keadaan manusia.
Malahan di antara mereka ada yang memikul beban dan
tanggungjawab melebihi kemampuan bahunya. Padahal maksudnya ialah untuk
menghalang jalan bagi orang lain yang lebih mampu dan lebih bertenaga, bukan
sahaja orang lain itu dpt dikerahkan untuk mengurangkan beban amanat yang
dipikulnya malah sekaligus sbagi melatih diri untuk memikul tanggungjawab.
Kesebelas: Rakus Terhadap Amal Yang Bermanfaat
Di antara bukti ikhlas adalah rakus terhadap amal
yang paling diredhai Allah, dan bukan yang paling diredhai oleh dirinya sendiri.
Sehingga orang yang mukhlis lebih mementingkan amal yang lebih banyak
manfaatnya dan lebih mendalam pengaruhnya, tanpa disusupi hawa nafsu dan
kesenangan diri sendiri.
Dia senang melakukan puasa nafilah dan solat dhuha.
Namun sekali pun waktunya dihabiskan untuk mendamaikan mereka yang sdg
bertikai, justeru itulah yang lebih dipentingkannya. Dalam sebuah hadith
disebuntukan:
“Ketahuilah, akan ku khabarkan kepadamu tentang
sesuatu yang lebih utama darip darjat puasa, solat dan sedekah. Iaitu mendamaikan
di antara sesama manusia. Sebab kerosakan di antara sesama amnusia adalah
pemotong.” (HR Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi, hadith shahih)
Dia mendapatkan kesenangan di hati dan kegembiraan
di dalam jiwa jika boleh melaksanakan umrah pada setiap bulan Ramadhan dan haji
pada musimnya. Tetapi dikatakan kepadanya, “Sumbangkan saja wang itu untuk
ikhwan kita di Palestin atau Bosnia atau Kashmir yang sdg mengalami
kehancuran.” Jika hatinya tidak lapang dan menolak, maka dia seperti apa yang
dikatakan al-Ghazali sbagi orang yang tertipu.
Ada seorang penderma dari salah satu negara kaya
yang berkunjung ke Afrika untuk membangun sebuah masjid. Di sana dia ditemui
oleh para wakil masyarakat, yang mengusulkan akar dia membaiki bbrp masjid lama
yang hampir roboh. Sementara masjid-masjid itu berada di tempat strategik di
tengah permukiman penduduk dan kewujudannya sgt diperlukan. Tabung yang
mestinya untuk membangun satu masjid yang direncanakan, cukup untuk membaiki
sepuluh masjid lama yang sudah ada dan hampir roboh itu. Tetapi ternyata dia
menolak, kecuali jika namanya digunakan untuk nama-nama masjid tersebut.
Kedua Belas: Menghindari Ujub
Di antara tanda kesempurnaan ikhlas ialah tidak
merosak amal dgn ujub, berasa senang dan puas terhadap amal yang telah dilakukannya.
Sikap seperti ini dpt membutakan matanya untuk melihat celah-celah yang
sewaktu-waktu muncul. Seharusnya apa yang perlu dilakukan oleh orang Mu’min
stelah melaksanakan suatu amal ialah takut jikalau dia telah melakukan
kelalaian, disedari mahupun tidak disedari. Maka dari itu dia takut jikalau
amalnya tidak diterima.
Allah
berfirman:
“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari
mereka yang bertaqwa.” (al-Maidah: 27)
Di antara ungkapan yang sgt berkesan dalam masalah
ini, yang dinisbatkan kepada Ali bin Abi Thalib adalah, “Suatu keburukan yang
menyesakkanmu lebih baik di sisi Allah darip kebaikan yang membuatmu ujub.”
Pengertian seperti ini juga ditetapkan Ibn
‘Atha’illah di dalam Al-Hikam, beliau berkata, “Boleh jadi Allah membuka pintu
ketaatan bagimu, tetapi tidak membuka pintu penerimaan amal bagimu. Boleh jadi
Allah mentaqdirkan kederhakaan ke atas dirimu, lalu kederhakaan itu menjadi
sebab yang menghantarkan ke tujuan. Kederhakaan yang membuahkan ketundukan dan
kepasrahan lebih baik darip ketaatan yang membuahkan ujub dan kesombongan.”
Dari sini al-Quran memperingatkan agar tidak
menyertai sedekah dgn menyebut-nyebut sedekah itu dan ucapan yang menyakitkan,
kerana dikhuatirkan justeru menggugurkan pahala yang dihilangkan pengaruhnya.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih
baik darip sedekah yang diiringi dgnsuatu yang menyakitkan (perasaan si
penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun. Hai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekah kamu dgn menyebut-nyebutnya dan
menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya
kerana riya’ kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari
kemudian. Maka perumpamaan bagi orang itu adalah seperti batu licin yang di
atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu jadilah ia
bersih (tidak bertanah).” (al-Baqarah: 263-264)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga
memperingatkan ujub dan menjadikannya termasuk hal-hal yang merosak. Ibn Umar
meriwayatkan dari Baginda yang bermaksud:
“Tiga perkara yang merosak dan tiga perkara yang
menyelamatkan. Sedangkan perkara-perkara yang merosak adalah kedekut yang
ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub seseorang terhadap dirinya.”
(HR Imam at-Thabrani, hadith hasan dalam Shahih al-Jami’ as-Shaghir, no. 3045)
Al-Quran telah mengisahkan kepada kita kejadian
yang dialami kaum Muslimin pada waktu Perang Hunain. Allah telah memberikan
kemenangan kepada mereka sewaktu Perang Badar, padahal mereka sama sekali tidak
diunggulkan menang. Allah juga memberikan kemenangan kepada mereka pada Perang
Khandaq, yang sebelum itu pandangan mereka meredup, hati mereka naik ke atas
hingga sampai ke tenggorokan, mereka menduga yang bukan-bukan terhadap Allah
dan mereka tergoncang dgn hebat. Allah juga memberikan kemenanagn kepada mereka
pada waktu Perang Khaibar dan Fathu Makkah. Tetapi pada waktu Perang Hunain
mereka menjadi ujub kerana jumlah mereka yang banyak. Ternyata jumlah yang
banyak ini tidak memberi manfaat apa-apa, hingga mereka pasrah kepada Allah.
Mereka pun menyedari bahawa kemenangan datang hanya dari sisi Allah. Dia
berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai
kaum Mu’min) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain,
iaitu pada waktu kamu menjadi sombong kerana banyaknya jumlah kamu, maka jumlah
yang banyak itu tidak memberi manfaat kepada kamu sedikit pun, dan bumi yang
luas itu telah terasa sempit oleh kamu, kemudian kamu lari ke blkg dgn
bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan kepada
mereka yang beriman.” (at-Taubah: 25-26)
Orang Mu’min yang sedar adalah mereka yang
menyerahkan segala urusannya hanya kepada Allah, lalu percaya bahawa kemenangan
hanya dtg dari sisiNya.
Firman
Allah:
“Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah Yang
Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Aali Imran: 126)
Kemuliaan juga datang hanya dari sisiNya:
“Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka
bagi Allah-lah kemuliaan itu.” (Fathir: 10)
Taufiq kepada hal-hal yang baik juga berasal dari
pertolongan Allah. FirmanNya:
“Dan tidak ada taufiq bagiku melainkan dgn
(pertolongan) Allah.” (Hud: 88)
Hidayah hanya dtg dari sisiNya:
“Barangsiapa yang disesatkanNya, maka kamu tidak
boleh mendapatkan seorang pemimpin pun yang dtg yang mampu memberikan petunjuk
kepadanya.” (al-Kahfi: 17)
Dikatakan dalam sebuah syair:
Andaikan Allah tiada mempedulikan kehendakmu
Nescaya tidak akan ada pilihan bagi semua
manusia
Andaikan Dia tidak memberi petunjuk jalanmu
Nescaya kau akan tersesat sekali pun langit ada
di sana
Ketiga Belas: Peringatan Agar Membersihkan Diri
Al-Quran telah memperingatkan untuk membersihkan
diri dari pujian dan sanjungan ke atas dirinya, sebagaimana firmanNya:
“Dia lebih mengetahui tentang (keadaan) kamu,
ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih dalam janin perut
ibumu. Maka janganlah kamu mengatakan diri kamu suci. Dialah yang paling
mengetahui tentang orang yang bertaqwa.” (an-Najm: 32)
Allah mencela orang-orang Yahudi dan Nasrani yang
menganggap dirinya suci. Firman-Nya yang bermaksud:
“Apakah kamu tidak memerhatikan orang yang
menganggap dirinya bersih? Sebenarnya Allah membersihkan sesiapa yang
dikehendaki-Nya dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.” (an-Nisa: 49)
Hal ini terjadi kerana mereka berkata, seperti yang
dijelaskan Allah yang bermaksud:
“Kami ini adalah anak-anak Allah dan
kekasih-kekasih-Nya.” (al-Maidah: 18)
Perkataan mereka ini disanggah dengan firman-Nya
yang bermaksud:
“Tetapi kamu adalah manusia (biasa) di antara
orang-orang yang diciptakan-Nya. Dia mengampuni sesiapa yang dikehendaki-Nya
dan menyeksa siapa yang dikehendaki-Nya. Dan, kepunyaan Allah-lah
kerajaan di antara keduanya, dan kepada Allah-lah kembali (segala sesuatu).”
(al-Maidah: 18)
Orang yang telah melakukan sesuatu amal shaleh,
tidak boleh mempamerkan amalnya itu, kecuali jika untuk menyampaikan nikmat
Rabb-Nya:
“Dan terhadap nikmat Rabb-mu, maka hendaklah
kamu menyebut-nyebutnya (dgn bersyukur).” (ad-Dhuha: 11)
Selain itu ia bertujuan untuk memancing orang lain
agar mengikutinya. Sabda Baginda yang bermaksud:
“Barangsiapa membuat sunnah yang baik, maka dia
mendapat pahala sunnah itu dan pahala orang yang mengerjakannya.” (HR
Imam Muslim)
Dibolehkan juga jika bertujuan untuk membela diri
kerana ada tuduhan yang dilemparkan kepadanya, padahal dia tidak
bersangkut-paut dgn tuduhan tersebut, atau mungkin ada sebab-sebab lain. Semua
itu diperbolehkan bagi orang yang batinnya sudah kuat kerana Allah semata dan
bukan kerana tujuan yang bukan-bukan serta tidak tergolong pada ujub, tidak
bertujuan mencari sanjungan dari orang lain dan mendapatkan kedudukan di
kalangan masyarakat. Namun memang jrg orang yang bebas dari tujuan ini.
Orang Islam harus waspada, jangan sampai ujub
terhadap diri sendiri, kerana kebaikan dan keshalihan yang dilakukannya, atau
keyakinan bahawa hanya dialah yang beruntung sdg yang lain merugi, atau dia dan
jamaahnyalah yang layak disebut al-firqah an-najiyyah (golongan yang selamat)
sdgkan semua kaum Muslimin rosak, atau hanya merekalah yang layak disebut
thaifah manshurah (kelompok yang mendapat pertolongan) sdgkan yang lain
dibiarkan.
Pandangan terhadap diri sendiri seperti ini adalah
ujub yang merosak, dan pandangan terhadap orang-orang Islam seperti itu adalah
pelecehan yang menghinakan.
Dalam sebuah hadith shahih disebutkan:
“Jika seseorang berkata ‘Manusia telah rosak’,
maka dialah yang lebih rosak daripada mereka.” (HR Imam Muslim)
Hadith ini diriwayatkan dgn bacaan ‘ahlakuhum’, dgn
pengertian bahawa justeru dialah yang lebih banyak dan lebih cepat menimbulkan
kerosakan, kerana dia terpedaya oleh diri sendiri, congkak terhadap amalannya
dan melecehkan orh lain. Dengan bacaan dan makna seperti ini, bererti dialah
yang menyebabkan kerosakan mereka, kerana dia berasa lebih unggul dari mereka
dan juga membuatkan mereka berputus asa terhadap rahmat Allah.
Al-Imam an-Nawawi rahimahullah berkata, “Larangan
ini ditujukan kepada orang-orang yang berkata seperti itu, kerana ujub terhadap
diri sendiri, mengecilkan orang lain dan berasa dirinya lebih unggul dari
mereka. Ini adalah perbuatan yang diharamkan. Tetapi jika perkataan seperti itu
disampaikan kerana memang ada kekurangan dalam pengamalan agama mereka atau
kerana rasa prihatin terhadap situasi mereka dan juga situasi agama mereka,
maka hal itu tidak apa-apa. Inilah yang ditafsir dan dihuraikan oleh para
ulama, seperti yang dikatakan olek Malik bin Anas, al-Khattabi, al-Humaidi dan
lain-lainnya.
Dalam hadith lain disebutkan, yang bermaksud:
“Cukuplah seseorang disebut buruk jika dia
mencela saudara Muslimnya.” (HR Imam Muslim)
Sebab di antara orang Islam atas orang Islam
lainnya adalah dilarang menzalimi, menghinakan dan melecehkannya. Tidak mungkin
seseorang mencela saudaranya sendiri, sdgkan mereka ibarat dua cabang yang
melekat di satu pohon yang sama.
Berdasarkan
hujah dari para ulama di atas,dapat saya simpulkan manfaat kita jika menerapkan
keikhlasan dalam diri kita adalah seperti berikut:
1. Membuat hidup menjadi tenang dan tenteram
2. Amal ibadahnya akan diterima oleh Allah SWT.
3. Dibukanya pintu ampunan dan dihapuskannya dosa serta dijauhkan dari api
neraka.
4. Diangkatnya derajat dan martabat oleh Allah SWT.
5. Doa kita akan dimakbulkan
6. Dekat dengan pertolongan Allah.
7. Mendapatkan perlindungan dari Allah SWT.
8. Akan mendapatkan naungan dari Allah SWT di hari kiamat.
9. Allah SWT akan memberi hidayah (petunjuk) sehingga tidak tersesat ke jalan
yang salah.
10. Mudah dalam memaafkan kesalahan orang lain
12. Dapat memiliki sifat zuhud (menerima dengan apa adanya yang diberikan oleh
Allah SWT)
Ikhlas merupakan hal yang mudah diucapkan tetapi
sulit dilaksanakan. Ikhlas memiliki kedudukan yang penting dalam setiap amal
perbuatan yang dilakukan manusia. Tanpa keikhlasan, amal kebajikan sebesar
apapun tidak akan diredhai oleh Allah SWT. berlaku ikhlas adalah hal yang berat
namun ikhlas tetap harus menjadi dasar dalam setiap amalan yang dilakukan agar
amalan tersebut dapat diterima oleh Allah SWT. Hendaknya setiap muslim selalu
berusaha untuk ikhlas dalam melakukan setiap amal perbuatan kerana ikhlas adalah syarat
diterimanya amal baik manusia oleh Allah SWT setelah amal baik tersebut
dilakukan secara benar.
Dikesempatan ini,
penulis ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarrak kepada semua.
Jalankanlah bulan puasa dengan ikhlas supaya motto Raya’ Dengan Ingatan Tulus
Ikhlas’ tu bukan sekadar kata-kata sahaja.
WaAllahu’alam